Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang

Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang - Hallo sahabat Times Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Informasi, Artikel Malaysia, Artikel Menarik, Artikel News, Artikel Resepi, Artikel Sukan, Artikel Terkini, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang
link : Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang

Baca juga


Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang

BOGOTA: Angka kematian dalam bencana tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di bandar Mocoa, Colombia meningkat kepada 301 orang pada Rabu, lapor Institut Perubatan Undang-Undang dan Sains Forensik Negara.

Menurut institut itu daripada 301 disahkan maut, 173 mayat telah dikenal pasti.

Selain itu, tujuh autopsi dijadualkan dijalankan untuk mangsa, kata institusi berkenaan.

Terdahulu, Presiden Colombia Juan Manuel Santos pada Rabu, mengatakan bencana tanah runtuh itu juga menyebabkan ramai penduduk masih hilang.

“Pagi ini seramai 467 waris melaporkan mengenai kehilangan ahli keluarga masing-masing. Daripada jumlah itu 153 berjaya dikesan, 119 daripadanya hidup selebihnya disahkan maut,” kata Santos dalam satu kenyataan di Bogota.

Walaupun presiden tidak memberikan angka sebenar kematian tetapi berdasarkan jumlah aduan mungkin lebih daripada 200 orang lagi tertimbus di bawah runtuhan batu dan lumpur.

Sementara itu, pegawai Persatuan Palang Merah Colombia memberitahu EFE, persatuan berkenaan sedang mengesan lapan warga asing, tiga daripadanya warga Sepanyol yang dilaporkan hilang kerana gagal dihubungi sejak bencana berlaku. — BERNAMA



Demikianlah Artikel Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang

Sekianlah artikel Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang dengan alamat link https://timesmalaysia.blogspot.com/2017/04/tanah-runtuh-colombia-ramai-masih-hilang.html

0 Response to "Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang"

Catat Ulasan